Makhluk Halus

Apakah rupa hantu yang sebenar?

white and black skull on brown wooden surface

Apakah rupa hantu yang sebenar? Soalan ini dibincangkan kian lama tetapi tiada jawapan yang tepat dan gambaran yang jelas diberikan. Setiap orang yang terserempak dengan makhluk halus mengakui rupanya sebegini atau sebegitu; tiada sebuah gambaran yang serupa diberikan oleh orang ramai. Apakah rupa hantu yang sebenar? Adakah hantu mempunyai sebuah rupa yang tetap seperti makhluk-makhluk lain? Atau adakah ia mempunyai pelbagai rupa bentuk?

Keterangan dan kepercayaan tentang rupa bentuk, peranan dan perangai hantu berbeza bagi setiap kaum dan negeri. Hanya warna putih sering dikaitkan dengan hantu kerana semua kaum didunia ini mempercayakan bahawa roh manusia berwarna putih dan roh manusia yang telah mati akan menjelma sebagai hantu.

Contohnya: Orang Melayu percaya bahawa hantu wanita akan memakai baju kurung berwarna putih. Orang India percaya bahawa hantu wanita akan memakai sari berwarna putih. Orang cina percaya bahawa hantu wanita akan memakai cheongsam berwarna putih. Orang barat pula percaya bahawa hantu wanita akan memakai gaun berwarna putih.

Biasanya rupa hantu yang dipercayai oleh seorang Melayu, Cina, India, atau kaum lain tidak akan dilihat oleh seseorang dari kaum yang lain. Contohnya: Orang Cina tidak akan terserempak dengan hantu orang Melayu dan juga orang Melayu tidak akan terserempak dengan hantu orang Cina. Kecuali orang yang melihat itu mempercayakan kewujudan hantu dengan sebuah rupa tertentu dilokasi berkenaan. Tiada siapa yang akan melihat hantu dengan rupa bentuk yang berlainan dari rupa yang mereka percayakan.

Sebenarnya hantu tidak mempunyai sebuah rupa bentuk yang tetap, Ia hanya akan menjelma dengan sebuah rupa bentuk tertentu supaya orang dihadapannya mengenali kewujudan makhluk berkenaan. Kebanyakan manusia hanya akan terserempak dengan hantu, dalam rupa bentuk yang dipercayakan olehnya sebagai rupa hantu. Seorang manusia yang langsung tidak percaya kepada hantu, tidak akan melihatnya bila-bila.

Contohnya: Orang-orang yang melawat kellie’s castle, perak, kadang-kadang mengakui terserempak dengan roh seorang wanita Inggeris yang bergaun putih. Mereka nampak rupa itu kerana mereka pernah terbaca atau terdengar tentang kisah hantu tersebut. Semasa saya berada di kellie’s castle, saya merasakan bayangan seorang budak perempuan berbangsa inggeris mengekori saya. Ini mungkin kerana saya pernah terbaca cerita roh yang berkeliaran di kellie’s castle.

Jika seorang manusia yang langsung tidak pernah dengar tentang kisah hantu di kellie’s castle melawatnya, dia tidak akan terserempak atau merasakan kehadiran makhluk halus disitu. Jika anda tidak ingin terserempak dengan makhluk halus didalam kehidupan anda, jangan baca, fikir atau percaya kepada makhluk halus dan jangan bayangkan sebarang rupa bentuk sebagai makhluk halus.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

X