Makhluk Halus

Ciri-ciri manusia yang diganggu makhluk halus

fantasy, spirit, nightmare

Ciri-ciri manusia yang diganggu makhluk halus. Apabila seseorang dirasuk makhluk halus tidak semestinya dia bertindak luar biasa atau luar batasan. Didunia ini ramai manusia yang sedang menjadi rumah tumpangan makhluk halus. Biasanya, manusia berkenaan atau orang sekelilingnya tidak akan menyedarinya. Seseorang yang nampak normal dan sihat mungkin dirasuk makhluk halus tetapi sukar untuk dikesan. Makhluk halus hanya akan mendedahkan kehadirannya apabila berlaku sesuatu yang tidak menyenangkan atau menakutkan bagi dirinya.

Gangguan makhluk halus dapat dikenali dengan menggunakan simptom-simptom berikut

1. Badan akan terasa panas atau sejuk seolah-olah demam tanpa sebab.

2. Badan akan terasa lebih berat daripada biasa.

3. Akan hilang selera makan atau akan makan berlebihan dari biasa.

4. Badannya akan menjadi lebih kurus tanpa sebab.

5. Kulit muka, leher dan mata akan menjadi gelap.

6. Mereka akan mengurangkan pergaulan dengan orang lain.

7. Suka duduk berseorangan didalam bilik dan muram.

8. Benci tengok muka suami, isteri, atau ahli keluarga tanpa sebab.

9. Kurang tarikan / nafsu terhadap suami atau isteri.

10. Sering bertengkar dengan suami / isteri dan maki anak-anak.

11. Susah untuk tidur pada waktu malam.

12. Sering bangun dari tidur pada tengah malam.

13. Sering bermimpi buruk atau seram.

14. Sering bermimpi dipatuk ular hitam.

15. Sering bermimpi digigit anjing atau kucing hitam

16. Bermimpi tanah kubur.

17. Sering nampak bayangan putih atau hitam berkeliaran di dalam rumah.

18. Hatinya sentiasa gelisah dan takut tanpa sebab.

19. Tidak suka untuk sembahyang atau beribadah.

20. Benci dan marah apabila terdengar bacaan ayat Al Quran atau laungan azan.

Reiki Master, Healer, Acupuncturist, Writer, Thinker, Speaker, Author.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

X