Reiki Malay

Tindak balas badan selepas kundalini seseorang aktif

selective focus photography of green succulent plant

Tindak balas badan selepas kundalini seseorang aktif. Apabila kundalini dan chakra seseorang telah diaktifkan; badannya mungkin akan mengalami beberapa kesan sampingan. Iaitu suhu badannya mungkin akan berubah dan boleh menyebabkan beberapa gangguan seperti sakit kepala, pening kepala, sembelit, cirit-birit, muntah, penglihatan kabur, mata terlalu terang, terlalu penat, mengantuk, terlalu aktif, susah nak tidur malam, demam dan sebagainya.

Tindak balas seperti ini berlaku kerana; kundalini dan chakra yang telah diaktifkan akan menyerap banyak tenaga Reiki (universal energy) dari alam semulajadi kedalam badannya. Tenaga Reiki yang masuk ke dalam badan manusia tersebut akan mencuba untuk menstabilkan dirinya. Seterusnya ia akan menstabilkan semua chakra, menguatkan tenaga dalaman, membaiki anggota badan yang mengalami gangguan, merawat penyakit, melancarkan peredaran darah dan akan berlaku beberapa perubahan yang lain, dari segi kimia, fizikal, mental dan sebagainya.

Kalau kita dapat toleransi dengan tindak balas ini untuk sebuah jangka masa yang singkat, badan, minda dan tenaga dalaman kita akan mengalami sebuah perubahan yang sangat ketara. Tindak balas dan perubahan seperti ini juga dapat membuktikan bahawa chakra dan tenaga Kundalini kita sedang aktif.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

X