Makhluk Halus

Tempat-tempat yang makhluk halus suka menginap

person walking towards house

Tempat-tempat yang makhluk halus suka menginap. Pada zaman dahulu makhluk halus hidup didalam hutan-hutan yang tebal, gunung-ganang, gaung, bukit, kolam terbiar, sungai, pokok-pokok yang besar dan sebagainya. Mereka hidup di kawasan yang tiada pergerakan manusia, kerana energi yang badan manusia bebaskan tidak menyenangkan mereka.

Pada zaman serba moden ini, kebanyakan kediaman makhluk halus telah dimusnahkan dan dijadikan kediaman manusia. Makhluk halus telah kehilangan tempat tinggal dan terpaksa berhijrah ke bandar dan mengongsi kediaman dengan manusia. Kebanyakan rumah kita sedang didiami makhluk halus, tetapi kita tidak menyedarinya, kerana mereka hanya menumpang disitu tanpa sebarang niat jahat.

Kita tidak perlu risau atau takut terhadap kenyataan diatas kerana tiada suatu kawasan di bumi ini tanpa mereka. Makhluk halus hanyalah sejenis makhluk seperti makluk-makluk lain yang hidup di bumi ini.

Tempat-tempat yang suka dihuni makhluk halus didalam rumah

  • Bilik yang gelap selalu.
  • Bilik yang tidak digunakan untuk jangka masa panjang.
  • Dapur, tandas dan tempat yang sangat kotor dan berbau busuk.
  • Diatas siling rumah yang gelap.
  • Di bilik tidur yang kotor dan berbau busuk.
  • Didalam patung yang besar.
  • Didalam gambar yang lama.

Tempat-tempat yang makhluk halus suka tinggal di luar rumah

  • Pokok-pokok yang besar.
  • Tempat-tempat yang gelap
  • Bangunan-bangunan yang usang dan tiada penghuni.
  • Rumah pelacuran, tempat maksiat
  • Kedai arak, pub, disko.
  • Tempat membuang sampah.
  • Tempat sisa makanan dibuang.

Makhluk halus tidak suka dan tidak akan menghuni di tempat yang bersih, suci dan berbau wangi. Mereka hanya suka kepada tempat yang gelap, kotor, dan berbau busuk. Untuk mengelakkan pergerakan makhluk halus, jaga kebersihan rumah, sembahyang dan membaca Al-Quran dirumah, dan jangan membiarkan bilik bergelapan untuk jangka masa yang panjang.

Leave feedback about this

  • Rating

PROS

+
Add Field

CONS

+
Add Field