Rohani

Siapakah diri kamu yang sebenar?

woman sitting on floor near window

Siapakah diri kamu yang sebenar? Selepas Tuhan yang mencipta alam ini manusia merupakan makhluk yang paling bijak dan berbakat. Tetapi manusia hanya menggunakan kebolehannya untuk mencari keindahan dunia ini yang maya dan melupakan keindahan dunia berikut yang kekal. Manusia kenal semua yang berada didunia ini kecuali dirinya sendiri. Manusia berminat untuk mengenali sesuatu yang berada di planet lain tetapi mereka tidak berminat untuk mengenali sesuatu yang berada didalam diri mereka sendiri.

Kebolehan untuk berfikir dan mengenali dirinya sendiri hanya diberikan kepada manusia, Jika mereka lalai didalam hal ini rugilah mereka. Kebanyakan manusia hanya menggunakan keupayaannya untuk menangkap ikan bilis sedangkan mereka berupaya untuk menangkap ikan paus. Carilah dan mengenalilah diri anda yang sebenar. Seorang yang mengenali dirinya sendiri akan mengenali dan memahami segala-galanya.

Orang yang mengenali dirinya akan mengenal Tuhannya, Orang yang mengenali Tuhannya akan mengenal dirinya.

Rumi

Reiki Master, Healer, Acupuncturist, Writer, Thinker, Speaker, Author.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

X