Sebab apa terhidu bau busuk atau wangi tanpa sebab?. Kadang-kadang manusia akan terhidu bau wangi atau busuk tanpa sebarang sebab, khususnya pada waktu malam. Bau tersebut mungkin sebuah tanda kehadiran makhluk halus. Biasanya manusia akan terhidu bau-bau seperti ini semasa perjalanan secara bersendirian di tempat yang sunyi atau semasa bersendirian di rumah.
Bau wangi yang biasa dihidu ialah bau bunga melati, bunga mawar, bunga tanjung, kayu gaharu, minyak wangi, kemenyan, dan sebagainya. Bau busuk yang biasanya dihidu ialah bau bangkai, bau mayat, bau hangit, bau najis dan sebagainya. Bau-bau seperti ini dikeluarkan oleh makhluk halus yang hadir, supaya manusia berkenaan dapat menyedari kehadirannya.
Kadang kala manusia akan terhidu bau wangi atau busuk yang berkaitan dengan makhluk halus tersebut, atau tempat tinggal makhluk halus tersebut.
Contohnya: Bau buah-buahan, bau pokok, bau air kolam, bau rokok, bau makanan dan sebagainya. Bau-bauan tersebut adalah salah satu kaedah yang digunakan oleh makhluk halus untuk berhubung dengan manusia. Bau-bauan sebegini bukan dikeluarkan untuk mengganggu, tetapi hanya untuk memberi isyarat atau amaran bahawa mereka hadir di sisi manusia tersebut.
Jika anda terhidu bau-bau seperti ini, anda tidak perlu takut, Hanya buat tak tahu sahaja. Apabila anda tidak melayan, mereka tidak akan mengganggu atau tidak akan mencuba untuk berhubung dengan anda lagi.
Leave feedback about this