Rawatan

Poin akupuntur yang merawat 95% penyakit wanita

Poin akupuntur yang mampu merawat hampir 95% penyakit wanita. Doktor Fazlur Rahman MBBS DV MD Phd (Acu) yang digelar “Bapa akupuntur India” mengesyorkan sebuah poin akupuntur sebagai titik rawatan bagi hampir 95% penyakit kaum wanita. Bukan hanya kepada kaum wanita malah ia juga bermanfaat bagi kaum lelaki.

Diantara fungsi poin akupuntur berkenaan ialah ia:

1. Mampu merawat dan menguatkan limpa dan perut.
2. Mampu mencegah kanser buah dada dan kanser rahim.
3. Mampu merawat tumor rahim dan buah dada.
4. Mampu merawat gangguan kesihatan berkaitan rahim dan buah dada.
5. Mampu memperbaiki kelembapan putih.
6. Mampu memperbaiki ketidakstabilan kitaran haid.
7. Mampu mengurangkan berat badan.
8. Mampu merawat penyakit kencing manis.
9. Mampu merawat gangguan paru-paru.

Titik akupunktur CV13 dapat merawat semua gangguan kesihatan yang disenaraikan diatas dan banyak gangguan kesihatan yang lain. Semua orang boleh melakukan rawatan ini dengan mudah tanpa sebarang pengalaman dan bayaran. Dengan mengurut (pressure) titik ini sekali seminggu, kaum wanita dapat hidup sihat tanpa sebarang gangguan kesihatan pada masa hadapan. Kalau kini terdapat sebarang gangguan kesihatan ia akan sembuh dengan cepat, Insya-Allah.

Lokasi titik akupunktur CV13

Titik akupunktur CV13 terletak digaris lurus, diantara pusat, dada dan hidung. Lima cun dari sudut tengah pusat.

Kaedah ukuran cun akupunktur

Nilai satu cun yang dimaksudkan dalam akupunktur ialah nilai ukuran diantara dua garis jari telunjuk. Satu jari telunjuk berukuran tiga cun. Orang yang ingin merawat harus mengukur kedudukan titik akupuntur dengan jari telunjuknya sendiri. Baring diatas katil dan ukur lima cun dengan menggunakan jari telunjuk badan sendiri. Ukuran harus bermula dari pertengahan pusat.

Kaedah merawat (massage)

1. Baring dan menentukan lokasi poin yang tepat.

2. Sentuh dengan lembut poin akupuntur tersebut, dengan menggunakan jari telunjuk.

3. Seterusnya tekan (pressure) secara lembut dan tahan poin tersebut dengan jari telunjuk, selama dua minit.

4. Selepas itu, tekanan (pressure) point tersebut secara sederhana dan tekan sehingga setengah inci dari jari telunjuk masuk ke isi kulit, selama dua minit.

Tempoh merawat

1. Wanita yang tidak mempunyai sebarang gangguan kesihatan hanya perlu mengurut sekali seminggu pada waktu malam sebelum tidur.

2. Wanita yang mempunyai gangguan kesihatan harus mengurut selama, tiga puluh hari berturut-turut, dua kali sehari. Sekali pada waktu pagi apabila bangun tidur dan sekali pada waktu malam sebelum tidur.

3. Selepas tiga puluh hari hanya massage selama sekali seminggu pada waktu malam.

Insya-Allah titik akupunktur ini dapat membantu kaum wanita hidup sihat selamanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *