Penyakit

Penyakit kanser yang sebenar

Pink Ribbon On Top Of A Paper

Penyakit kanser yang sebenar. Sebenarnya kanser bukanlah sebuah penyakit berbahaya atau kerosakan sistem badan seperti yang ramai sangka. Ketumbuhan kanser (tumor) dihasilkan oleh sistem imun badan mereka sendiri untuk mengasingkan toksik dari darah dan organ badan. Tumor kanser terhasil apabila toksik dan bahan-bahan yang membahayakan kesihatan terkumpul didalam badan mereka dalam kadar yang tinggi.

Bagaimana tumor kanser terhasil?

Secara semulajadi, badan mempunyai kebolehan untuk membersih dan merawat (healing) seluruh tubuh badan dengan sendiri. Apabila kotoran, toksik, bahan kimia atau kuman terkumpul didalam badan dengan kadar yang sangat tinggi; secara sendiri badan akan mula membersihkannya. Semasa pembersihan, badan akan mengumpulkan semua kotoran, toksik, bahan kimia atau kuman di sesebuah lokasi didalam badan sebagai ketumbuhan (tumor), seperti mana kita mengumpulkan sampah disebuah sudut didalam rumah semasa proses pembersihan rumah.

Toksik yang dikumpulkan didalam ketumbuhan itu akan dikeluarkan dari badan sedikit demi sedikit oleh sistem badan (immune system). Bungkusan bahan kimia, kotoran, kuman dan toksin itulah yang digelar tumor kanser atau ketumbuhan. Kanser tidak terhasil daripada benda asing dari luar badan tetapi ia terhasil daripada bahan kimia yang terkandung dalam bahan kegunaan harian seperti makanan, minuman, kosmetik, dan bahan kegunaan harian lain.

Reiki Master, Healer, Acupuncturist, Writer, Thinker, Speaker, Author.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

X