Penyakit

Penyakit dan simptom

Penyakit dan simptom. Kita harus faham bahawa sesebuah penyakit tidak semestinya wujud dibahagian badan yang mengalami gangguan ataupun kesakitan; ia boleh wujud dibahagian badan yang berbeza.

Kalau seseorang terasa sakit dikepala, ia tidak bermaksud dia mempunyai masalah dikepala. Jika seseorang terasa sakit dilutut, ia tidak bermaksud dia mempunyai masalah ditulang. Jika seseorang sakit perut ia tidak bermaksud dia mempunyai masalah diperut. Bukan semua jenis gangguan kesihatan merupakan penyakit yang sebenar, malah kebanyakannya merupakan simptom (amaran) bagi sesebuah penyakit yang sebenar..

Organ atau bahagian badan yang mengalami kerosakan sebenar mungkin berbeza daripada bahagian badan yang simptomnya menonjolkan diri. Doktor yang tidak dapat memahami simptom badan dan mengenal pasti punca gangguan yang sebenar; akan mengesyorkan pesakit supaya membuang organ yang mengalami gangguan atau makan ubat untuk mengawal simptom sehingga akhir hayat.

Kebanyakan pesakit yang mula makan ubat kimia untuk gangguan sakit lutut, sakit sendi, sakit tulang, sakit kepala atau kesakitan yang lain; akan sambung makan ubat sepanjang hayat. Kalau ubat yang mereka makan merawat gangguan mereka, mereka harus dapat berhenti pengambilan ubat pada suatu masa. Tetapi hampir kesemua pesakit akan makan ubat sepanjang hayat.

Sebab apa mereka makan ubat sepanjang hayat? Sebab apa gangguan mereka tidak sembuh? Sebab apa ubat yang mereka makan tidak membantu mereka?

Hanya terdapat dua jawapan untuk soalan-soalan ini. Jawapan yang pertama ialah gangguan yang mereka mengalami bukanlah sebuah penyakit, tetapi simptom. Hanya penyakit yang sebenar dapat dirawat dan simptom tidak dapat dirawat. Jawapan kedua ialah rawatan yang mereka amalkan adalah salah. Hanya ubat dan rawatan yang tepat dapat merawat sesebuah penyakit. Jika sesebuah ubat atau rawatan tidak dapat merawat penyakit tersebut selewat-lewatnya dalam tempoh setahun; ia bukan rawatan dan apa yang pesakit tersebut makan bukan ubat.

Contoh simptom badan:

Kalau seseorang sering dengar bunyi yang aneh, terasa gatal, atau sakit ditelinga, ia tidak bermaksud dia mengalami kerosakan ditelinga; tetapi ia merupakan amaran bagi kelemahan buah pinggang atau pundi kencing. Jika pesakit tersebut abaikan simptom dan hanya merawat telinganya, suatu hari nanti buah pinggangnya mungkin akan mengalami gangguan.

Kesakitan dikepala (sakit kepala) merupakan simptom bagi beberapa gangguan kesihatan seperti sembelit, kekurangan air dalam badan, darah kotor, badan penat, kekurangan tidur, badan terlalu panas, minda dalam tekanan dan sebagainya. Kalau seseorang abaikan simptom dan hanya mengambil pil untuk mengawal kesakitan, dia hanya akan hilang deria kesedaran kesakitan kerana telah makan ubat pelali. Penyakit dan gangguan kesihatan yang sebenar tetap akan wujud dibadannya.

Apabila seseorang makan ubat untuk mengawal simptom, penyakit yang sebenar akan semakin parah dan akan berubah menjadi sebuah penyakit kronik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

X