Rawatan

Peningkatan dan kekurangan kadar gula didalam badan

Peningkatan dan kekurangan kadar gula didalam badan seseorang merupakan sebuah perkara biasa dan tidak perlu dirisau. Selepas ujian klinikal, jika disahkan kadar gula berlebihan didalam badan, tidak perlu risau atau panik; dan jangan mula mengambil pil secara terburu-buru.

Kadar glukosa badan seseorang manusia boleh meningkat atas pelbagai faktor penting seperti, untuk merawat kelemahan organ dalaman, untuk merawat penyakit, untuk meningkatkan tahap kesihatan badan dan sebagainya. Berikan masa dan peluang kepada badan untuk menstabilkan kembali kadar gulanya. Jika anda memberikan kerjasama, badan anda akan mengurangkan kadar gulanya dengan sendiri tanpa ubat, insulin atau sebarang perubatan.

Untuk mengawal glukosa dalam badan sila mengikuti langkah-langkah berikut:

1. Jangan makan jika tidak lapar dan jangan minum jika tiada dahaga.

2. Elakkan atau kurangkan pengambilan makanan yang berwarna putih tulen seperti susu, gula pasir, garam halus, tepung gandum, tepung beras, dan sebagainya.

3. Elakkan pengambilan air semasa makan.

4. Elakkan diri dari makan semua jenis makanan dan minuman yang diproses atau dicampur pewarna, perisa, pewangi dan bahan kimia.

5. Elakkan makanan dan minuman yang telah dibungkus dalam tin, botol dan plastik.

6. Berpuasa pada waktu malam (tidur tanpa makan malam).

7. Makan lebih banyak buah-buahan yang manis.

8. Akhirnya berikan badan masa dan peluang untuk menstabilkan kembali kadar gulanya, sekurang kurangnya setahun.

Leave feedback about this

  • Rating

PROS

+
Add Field

CONS

+
Add Field

X