Penderitaan manusia kerana balasan karma. Agama Buddha, Zen, Jain, Hindu, Sikh dan agama-agama lain dari negara Asia mempercayakan kepada hukum karma dan kitaran hidup dan mati. Hukum karma bermaksud setiap sesuatu yang manusia melakukan dalam kehidupannya, sama ada yang baik atau buruk akan dibalas.
Istilah kitaran hidup dan mati (reincarnation) ialah roh kekal selama-lamaya dan akan lahir didunia ini berulangkali. Kematian bukanlah hujung kehidupan, apabila badan telah uzur, sakit atau rosak; roh akan meninggalkan badannya. Proses inilah yang digelar kematian. Roh yang telah keluar dari sebuah badan akan lahir kembali ke dunia ini dengan sebuah badan yang baru, ia digelar reincarnation. Pengikut agama-agama diatas percaya bahawa, roh manusia yang mati akan lahir kembali ke bumi ini berulang kali sehingga semua karmanya selesai.
Apabila seseorang menderita dengan penyakit yang tidak dapat dirawat; atau apabila seseorang menderita dengan penyakit untuk tempoh masa yang panjang; atau apabila ramai ahli keluarga menderita dengan penyakit yang serupa; atau apabila seseorang atau sesebuah keluarga menderita seumur hidup; ia dipercayakan sebagai balasan karma dari kehidupan sebelumnya.
Badan manusia tidak berupaya untuk melakukan sesuatu dengan sendiri. Yang menggerakkan sesebuah badan adalah roh, yang melakukan kebaikan dan keburukan adalah roh. Oleh itu balasan bagi kelakuan seseorang manusia akan diberikan kepada roh, sama ada dalam kehidupan yang sama atau pada kehidupan berikutnya.
1. Melalui menyesal untuk kejahatan yang telah dilakukan dan mohon maaf daripada Tuhan dan orang yang terlibat.
2. Melalui sembahyang, zikir, berpuasa dan meditasi.
3. Melalui membantu orang dalam kesusahan dan memberi makanan kepada fakir miskin.
4. Melalui berhubung rapat dengan orang-orang suci dan melawat tempat-tempat suci.
5. Melalui hidup sebagai seorang manusia yang baik dalam kehidupan ini.
6. Melalui berdoa, minta pertolongan dan mohon petunjuk daripada Tuhan.
Leave feedback about this