Am

Panduan keselamatan elektrik ketika & selepas banjir

Flooded small village with houses

Panduan keselamatan elektrik ketika & selepas banjir oleh TNB. Tenaga Nasional Berhad (TNB) menyarankan orang ramai di kawasan banjir untuk mengamalkan nasihat dan panduan keselamatan elektrik berikut demi keselamatan.

KETIKA BANJIR

1. Hindari penggunaan peralatan elektrik dan pastikan suis utama ditutup bagi mengelakkan renjatan elektrik.

2. Hubungi 15454 atau Facebook TNB Careline untuk memutuskan bekalan elektrik jika paras air meningkat.

3. Jauhi peralatan atau kabel elektrik yang terendam dalam air banjir walaupun ianya bersalut penebat.

4. Hindari tiang besi atau mana-mana pepasangan TNB yang ditenggelami air bagi mengelak risiko renjatan elektrik.

5. Pastikan semua suis di soket alir keluar ditutup dan tanggalkan palam kuasa peralatan elektrik.

6. Matikan sistem solar PV bagi mengelakkan bekalan suap balik ke sistem pendawaian premis.

7. Sebelum berpindah, tutup suis utama.

SELEPAS BANJIR

1. Matikan suis utama sebelum membersihkan peralatan elektrik atau pendawaian.

2. Suis dan perkakas elektrik yang terendam dalam air banjir perlu diperiksa dahulu Oleh kontraktor elektrik yang berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga.

3. Jauhi dahan pokok di talian elektrik kerana bekalan elektrik mungkin masih disalurkan. Maklumkan kepada TNB untuk tindakan segera.

4. Jangan gunakan galah atau tangga yang diperbuat daripada besi/aluminium berhampiran talian elektrik.

5. Ibu bapa perlu mengawasi anak-anak supaya tidak menghampiri tiang dan kabel elektrik yang rosak.

6. Hubungi TNB sekiranya terdapat kejanggalan berkaitan pepasangan elektrik yang terkesan akibat banjir.

Reiki Master, Healer, Acupuncturist, Writer, Thinker, Speaker, Author.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

X