Kaedah menguji kesucian dan energi makanan dengan menggunakan pendulum. Makanan merupakan sumber tenaga utama manusia. Ia sepatutnya bersih, suci, berkhasiat dan sesuai bagi individu yang makannya. Sebaik-baik makanan adalah makanan yang diperolehi daripada sumber asli seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan makanan yang dimasak sendiri. Walaupun seseorang makan makanan yang berkhasiat; energi atau aura negatif makanan tersebut tetap dapat mengganggu kesihatan minda dan badannya.
Semua jenis makanan dan minuman dapat diuji dengan menggunakan pendulum, untuk memastikan kebersihan, kesucian dan kesesuaiannya dengan badan orang yang ingin menikmatinya. Kaedah menguji ini juga boleh diguna pakai jikalau terpaksa makan sesuatu kerana paksaan seperti tersesat dihutan, diluar negara dan sebagainya.
Langkah 1 – Permulaan
1. Sebelum menggunakan pendulum sila pastikan hati anda tenang.
2. Mohon pertolongan dan perlindungan daripada Tuhan.
3. Mohon bantuan alam semulajadi untuk menjawab soalan anda.
4. Pastikan tangan dan badan anda lurus dan tegak.
5. Pegang pendulum ditangan kanan.
6. Mohon kebenaran pendulum untuk tanya soalan.
7. Pendulum akan mula berputar ke arah kanan dengan sendiri sebagai tanda memberi kebenaran.
8. Setelah ia mula bergerak mengucapkan terima kasih, lalu ia akan berhenti bergerak.
9. Sekarang pegang pendulum diatas makanan yang perlu diperiksa.
10. Tanya soalan didalam hati atau secara lisan.
Contoh soalan:
- Adakah makanan ini sesuai untuk badan saya?
- Adakah makanan ini selamat untuk dimakan oleh saya?
Pendulum akan mula berputar atau bergerak untuk memberikan jawapan.
Langkah 2 – Jawapan
Jikalau pendulum berkenaan berputar ke arah kanan – arah jam (clockwise) jawapannya mungkin; Sesuai untuk dimakan, suci, bersih, tidak berbahaya, positif
Jikalau pendulum berputar ke arah kiri – bertentangan arah jam (anticlockwise) jawapannya mungkin; Tidak sesuai untuk dimakan, tidak suci, tidak selamat, berbahaya, beracun, negatif
Jika pendulum tidak bergerak, atau jika ia bergerak ke arah kanan dan kiri, selain berputar jawapannya mungkin:
- Saya tidak ingin menjawab.
- Anda tidak perlu tahu jawapannya.
- Saya tidak dapat memeriksa.
Kebaikan dan keburukan makanan tersebut boleh diukur dengan keluasan dan kelajuan pendulum yang berputar. Lebih luas dan laju ia berputar lebih banyak kebaikan atau keburukannya; bergantung kepada arah ia berputar. Kalau pendulum langsung tidak bergerak, rapatkan lagi dengan makanan ataupun ulangi ujian sekali lagi dari langkah pertama. Kalau ia langsung tidak bertindak, ia bermaksud anda belum bersedia atau hati anda tidak tenang, atau mempunyai keraguan.
Jawapan yang diberikan adalah untuk orang yang sedang memegang pendulum berkenaan. Jika ingin dimakan oleh ramai, soalan harus dimukakan dengan jelas seperti “sesuaikah makanan ini kepada kami semua” atau “selamatkah makanan ini untuk dimakan oleh kami?”
Ucapkan terima kasih setiap kali setelah menerima jawapan dan setelah selesai semuanya.
Pendulum boleh dibeli dalam talian dari Lazada / AliExpress