Mengucap salam semasa memasuki rumah sendiri atau rumah orang lain merupakan sebuah amalan yang baik dan selamat. Orang bukan Islam boleh mengucap sesuatu mengikut ajaran agama mereka sendiri. Manusia tidak tinggal bersendirian di rumah mereka malah ada rumah yang dikongsi dengan makhluk halus.
Semasa manusia berada didalam rumah makhluk halus akan mengasingkan diri daripada mereka. Setelah pemilik rumah berkenaan keluar, makhluk halus yang menghuni disitu mungkin akan mula aktif dan melakukan sesuatu. Jikalau pemilik kembali ke rumah secara tiba-tiba, ia boleh menyebabkan pemilik terserempak dengan makhluk halus tersebut.
Biasanya makhluk halus takut dan akan mengelakkan diri dari bertemu dengan manusia. Apabila pemilik masuk ke rumah secara tiba-tiba tanpa sebarang tanda awal, Ia boleh menyebabkan makhluk halus terperanjat dan bertindak ganas atau melakukan sesuatu yang tidak diingini terhadap pemilik. Biasanya makhluk halus yang mengongsi kediaman manusia, tidak akan melakukan sesuatu yang buruk terhadap pemilik kediaman tersebut; kecuali pemilik kediaman tersebut menakutkan atau melakukan sesuatu yang buruk terhadap makhluk halus berkenaan.
Makhluk halus yang menumpang kediaman dengan manusia mungkin akan membantu untuk menjaga dan melindungi kediaman tersebut daripada makhluk halus lain yang berniat jahat. Oleh itu manusia tidak perlu takut dengan makhluk halus, Mereka pun sejenis makhluk bumi seperti kita. Hormatilah mereka dan mengucap salam semasa memasuki kediaman anda walaupun tiada orang didalamnya.
Leave feedback about this