Rohani

Manusia dan topengnya

girl, face, closed eyes

Manusia dan topengnya. Kamu bukanlah apa yang kamu menganggap sebagai diri sendiri. Lelaki, perempuan, kaya, miskin, cantik, kacak, hodoh, cacat, sihat, bodoh, pandai, doktor, penyelidik, jurutera, peniaga, pelajar, polis, askar, guru, murid, menteri, raja, permaisuri, anak sultan, anak menteri, anak jutawan, anak miskin, rakyat, putih, hitam, tinggi, pendek dan beribu-ribu jenis topeng digunakan oleh manusia untuk melindungi dirinya yang sebenar.

Tujuan utama kehidupan manusia hanyalah untuk mencari dan mengenal asal diri kamu dan pencipta kamu yang sebenar. Topeng-topeng diatas hanyalah sementara; tiada yang tetap dan nyata didunia ini. Jangan membazirkan peluang keemasan yang diberikan.

Gunakan peluang (kehidupan) yang diberikan ini dengan bijak. Walau siapapun diri kamu, kamu tetap akan tinggalkan dunia ini suatu hari nanti. Segala-galanya yang kamu kumpulkan seumur hidup perlu ditinggalkan, kain kafan pun tidak akan mengekori kamu ke kehidupan berikut.

Kaedah mengenali diri sendiri

Kaedah untuk mengenal diri sendiri sangat mudah, seorang yang ingin mengenali diri sendiri harus mempunyai minat yang mendalam. Mesti memberi komitmen seratus peratus untuk mengenali diri dan Penciptanya. Berusaha, belajar, melatih dan menunggu dengan penuh kesabaran.

Reiki Master, Healer, Acupuncturist, Writer, Thinker, Speaker, Author.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

X