Makhluk Halus

Kenapa manusia dirasuk makhluk halus?

fantasy, spirit, nightmare

Kenapa manusia dirasuk makhluk halus? Kaum Melayu percaya bahawa golongan jin, syaitan dan roh manusia yang telah meninggal dunia adalah hantu atau makhluk halus. Kaum India dan cina percaya bahawa roh orang yang telah meninggal dunia secara terseksa dan dewa-dewi yang jahat adalah hantu. Kaum dari negara-negara barat pula percaya bahawa roh manusia yang telah meninggal dunia dan “angel” yang jahat adalah hantu.

Secara umumnya ramai yang percaya bahawa manusia yang telah mati kerana kemalangan, bunuh diri, penyakit, mati pada usia yang muda, mati secara terkejut, atau dibunuh, akan menjadi hantu dan merayau di muka bumi ini tanpa tenteram.

Walaupun terdapat kebenaran pada kenyataan diatas, sebenarnya bukan semua manusia yang mati seperti diatas akan menjadi hantu atau roh yang tidak tenteram. Hanya roh manusia yang mati secara terkejut atau mati sebelum sesuatu hajatnya tercapai, akan merayau didunia ini tanpa tenteram dan digelar hantu.

Biasanya, roh-roh manusia yang melepaskan badannya dengan sesuatu hajat atau keinginan yang belum tercapai, tidak akan menerima kematiannya dengan aman. Roh-roh tersebut akan mencuba untuk masuk kedalam badan manusia lain untuk menunaikan hajatnya. Roh manusia yang hidup telah terlalu mewah dan menikmati hiburan dunia tanpa batasan, tidak akan berpuas hati dengan kematiannya dan akan mencuba untuk masuk kedalam badan manusia lain untuk menikmati keindahan dunia.

Pada awalnya roh-roh seperti ini akan mencuba untuk kembali ke badan mereka sendiri, apabila tidak berjaya mereka akan mencuba untuk masuk kedalam badan manusia lain. Sebab inilah manusia dirasuk, diganggu makhluk halus, dan manusia terserempak dengan roh orang yang telah meninggal dunia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

X