Rohani

Kedudukan bunga teratai dalam pelbagai agama

pink lotus flower in bloom

Kedudukan bunga teratai dalam pelbagai agama. Kita akan sering terserempak dengan patung dewa, dewi, atau patung pengasas agama omnipresent yang sedang menunggang haiwan, burung atau patung-patung yang sedang memegang senjata, atau alat-alat lain. Pakaian, rupa bentuk, gaya, haiwan, senjata, dan alat-alat yang terdapat di patung-patung berkenaan merupakan simbol atau sesebuah istilah yang tersirat.

Salah satu simbol yang sering digunakan adalah bunga teratai. Bunga teratai digunakan untuk menunjukkan ketinggian tahap rohani, kebijaksanaan dan kebebasan. Kita dapat melihat pelbagai dewa, dewi atau pengasas agama dilukis atau diukir dalam bentuk duduk atau berdiri diatas bunga teratai, atau sedang memegang bunga teratai ditangannya. Lukisan atau ukiran berkenaan menunjukkan orang berkenaan telah mencapai darjat yang tinggi dalam rohani.

Bunga teratai menyimbolkan chakra manusia yang ketujuh – Sahasrara atau lebih dikenali sebagai crown chakra. Gautama Buddha menjelaskan bahawa, bentuk crown chakra adalah seperti sekuntum bunga teratai dengan seribu lapisan.

Seseorang manusia yang crown chakranya aktif digelar Buddha dalam agama buddha, Saints dalam agama Kristian, Rishi atau ngani dalam agama Hindu, digelar guru dalam agama Sikh dan digelar sebagai Wali atau Aulia dalam agama Islam. Semua agama di dalam dunia ini memberi keutamaan kepada chakra tersebut dan menjaga kepentingannya dalam adat dan ibadat. Inilah sebabnya kebanyakan agama mengamalkan tradisi memakai topi, kopiah, serban dan sebagainya demi melindungi crown chakra.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *