Rawatan

Kaedah merawat penyakit dengan cepat dan mudah

Kaedah merawat penyakit dengan cepat dan mudah. Adakah anda atau ahli keluarga anda kurang sihat? Adakah anda sedang mencari sebuah rawatan yang efektif, cepat, percuma dan tanpa sebarang kesan sampingan? Jika jawapan anda adalah ya, anda hanya perlu berehat dengan perut kosong.

Pelik bukan? Bolehkah merawat semua jenis penyakit dengan hanya berehat dengan perut kosong? Ya! Pasti boleh. Kaedah ini telah diguna pakai dalam perubatan ayurveda dan siddha dari India; dan perubatan akupuntur dari china selama beribu tahun. Semua jenis penyakit manusia yang dipercayai kecil sehingga besar telah dirawat dengan mudah tanpa sebarang ubat dan dengan hanya berpuasa dan berehat. Untuk memahami rawatan ini, anda harus memahami sistem badan terlebih dahulu.

Badan manusia berfungsi dengan menggunakan tenaga (energy) yang terhasil daripada makanan dan minuman. Tenaga tersebut juga boleh diperolehi daripada beberapa sumber asli yang lain seperti tumbuh-tumbuhan, angin, tanah, matahari, bulan dan sebagainya. Tenaga badan manusia diperuntukkan untuk tiga tugas utama badan iaitu menghadam makanan, pergerakan badan dan merawat gangguan kesihatan.

Menghadam – Badan akan menggunakan 32% daripada tenaganya untuk menghadam dan memproses, makanan dan minuman.

Pergerakan – Badan akan menggunakan 32% daripada tenaganya untuk pergerakan dan melakukan aktiviti harian.

Merawat – Badan akan menggunakan 32% daripada tenaganya untuk menyingkirkan sisa penghadaman dan kotoran dari badan dan untuk merawat gangguan kesihatan.

Tenaga yang berlebihan akan disimpan oleh badan untuk digunakan semasa kecemasan. Apabila seorang pesakit berehat tanpa makan dan minum, 32% tenaga yang diperuntukkan bagi sistem penghadaman dan 32% tenaga yang diperuntukkan bagi sistem pergerakan akan dipindah kepada sistem merawat. Apabila dicampur dengan 32% tenaga merawat yang sedia ada kesemua 96% tenaga badan akan digunakan untuk merawat penyakit dan gangguan kesihatan. Pesakit akan sembuh dan kembali cergas tiga kali lebih cepat.

Oleh itu jikalau sesiapa kurang sihat, hanya berehat tanpa makan dan minum (biasanya orang yang sedang sakit tidak akan terasa lapar), jika terlalu lapar hanya makan buah-buahan yang manis atau minum jus buah-buahan tempatan yang asli. Jika anda perlukan bukti dan penjelasan yang lebih kukuh; perhatikan haiwan yang sedang hidup disekeliling anda. Semua haiwan liar merawat penyakit, luka, dan kemalangannya tanpa mengharapkan kepada doktor, ubat dan rawatan, dengan hanya berpuasa dan berehat.

Leave feedback about this

  • Rating

PROS

+
Add Field

CONS

+
Add Field