Makhluk Halus

Kaedah mengesan kehadiran makhluk halus

Kaedah mengesan kehadiran makhluk halus semasa perjalanan. Semasa berseorangan atau semasa berjalan berseorangan khususnya di kawasan yang sunyi, jika anda merasakan tanda-tanda yang berikut kemungkinan besar terdapat makhluk halus disekitar anda.

Tanda-tanda kehadiran makhluk halus

1. Terhidu bau wangi atau busuk secara tiba-tiba, tanpa sebab.

2. Buluh roma tegang secara tiba-tiba.

3. Badan terasa sejuk secara tiba-tiba tanpa sebab.

4. Hati anda berdebar atau takut tanpa alasan.

5. Terasa diekori atau diperhatikan oleh seseorang.

6. Terasa seolah-olah diperhatikan banyak mata.

7. Terdengar bunyi tapak kasut, atau bunyi gelang kaki.

8. Kenderaan bergetar, goncang atau goyang tanpa sebab.

9. Anjing menyalak setelah melihat anda.

10. Anjing atau kucing melarikan diri setelah melihat anda.

Walaupun anda merasakan tanda-tanda di atas, anda tidak perlu takut atau resah, tenangkan diri dan jangan toleh belakang. Teruskan perjalanan anda, ia tidak akan mengganggu anda kecuali anda menganggunya.

Reiki Master, Healer, Acupuncturist, Writer, Thinker, Speaker, Author.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

X