Kaedah-kaedah mudah untuk mengaktifkan Kundalini. Kundalini merupakan tenaga rohani asas setiap orang manusia. Kundalini yang aktif dan cergas dapat membantu manusia dalam pelbagai aspek kehidupan seperti kesihatan badan dan minda, hubungan keluarga, perniagaan, kewangan, kebijaksanaan, ketenangan jiwa dan sebagainya. Pelbagai latihan diamalkan diseluruh dunia untuk mengaktifkan dan menguatkan tenaga kundalini. Kaedah yang paling popular dan mudah untuk mengaktifkan kundalini dan chakra ialah.
Yoga
Apabila melatih senaman yoga dengan tertib dan teratur; kita dapat mewujudkan sebuah situasi yang positif didalam badan, demi mengaktifkan kundalini dan chakra. Pada masa yang sama badan dan minda akan lebih sihat dan cergas.
Meditasi / Zikir
Apabila melatih meditasi atau zikir, secara teratur dan tertib kita dapat mewujudkan ketenangan didalam badan dan jiwa. Ia dapat membantu dalam pengaktifan kundalini dan chakra. Pada masa yang sama hubungan dengan alam semulajadi akan lebih rapat dan akan menerima panduan dari alam ghaib dengan jelas.
Betapa / Meditasi
Betapa boleh dikatakan sebagai latihan meditasi jangka masa panjang. Betapa dan meditasi dapat membantu kita untuk mengenal diri dan berhubung dengan alam semulajadi. Ia dapat mewujudkan sebuah situasi positif didalam badan dan jiwa; supaya dapat membantu mengaktifkan kundalini dan chakra.
Berpuasa
Berpuasa atau mengurangkan makanan dapat membantu untuk membersihkan usus, darah dan badan. Ia juga akan membantu untuk mengawal minda, nafsu dan jiwa. Pada masa yang sama ia akan mewujudkan sebuah situasi positif didalam badan dan jiwa untuk mengaktifkan kundalini dan chakra.
Sembahyang
Sembahyang secara teratur dan tertib dapat menenangkan jiwa dan meningkatkan tahap kesihatan manusia. Ia juga dapat membantu untuk menstabilkan tenaga dalaman, pengaktifan kundalini dan chakra.
Leave feedback about this