Kadar gula badan yang normal. Kini, bilangan pesakit kencing manis (diabetes) sangat tinggi sehingga bilangannya tidak masuk akal. Hampir satu per empat orang yang berusia empat puluh tahun keatas merupakan pesakit kencing manis. Seorang manusia akan dilabelkan sebagai pesakit kencing manis apabila ujian klinikal air kecil atau darahnya menunjukkan kandungan gula (glucose) melebihi kadar yang ditetapkan. Lalu mereka akan disyorkan supaya mengambil pil atau insulin untuk mengawal kandungan gula didalam darahnya.
Cuba anda fikirkan! Siapa yang lebih mengenali diri seorang manusia; doktor atau badan individu tersebut? Siapa yang lebih mengenali gaya hidup seorang manusia; doktor atau badan individu tersebut? Siapa yang lebih mengenali keadaan dan kesihatan organ dalaman seorang manusia; doktor atau badan individu tersebut? Siapa yang harus menentukan kadar kandungan gula (glucose) didalam badan seorang manusia; doktor atau badan individu tersebut?
Walaupun seorang doktor yang berpelajaran tinggi dia tidak dapat mengenali dan memahami badan seorang individu sepenuhnya. Hanya sistem badan individu berkenaan akan lebih mengenali dan memahami keadaan dan keperluan badannya. Walau sehebat mana pun pelajaran seorang manusia, dia tidak dapat mengawal atau menentukan operasi sistem badan mana-mana individu.
Adakah seorang doktor atau seorang pekerja makmal dapat menentukan nilai gula yang patut terkandung didalam badan seorang manusia? Apabila setiap manusia mempunyai bentuk badan yang berbeza, mengamalkan kaedah makan yang berbeza, mengamalkan gaya hidup yang berbeza, melakukan pekerjaan yang berbeza, sudah pasti keperluan glukosa bagi badan mereka pun akan berbeza. Mana mungkin sebuah kadar gula tertentu selamat untuk semua orang?
Tidak wujud dua orang manusia yang mempunyai keperluan gula (glucose) yang sama. Sama ada ahli keluarga, ibu dan anak, atau adik beradik, sedangkan anak kembar sekalipun keperluan gula untuk badan mereka tetap akan berlainan. Badan akan menghasilkan dan menyimpan jumlah gula yang tinggi atau rendah mengikut keperluan seseorang manusia. Tiada siapa yang dapat mengawal atau menentukan kadar gula yang patut wujud didalam badan seseorang manusia.
Badan mempunyai akalnya tersendiri, badan yang harus membuat keputusan. Jika badan seseorang perlukan nilai gula (glukosa) yang tinggi, badan akan menyimpannya, jika tidak diperlukan badan akan mengurangkannya dengan sendiri. Badan lebih bijak daripada akal manusia. Melabelkan seseorang sebagai pesakit kencing manis hanya kerana kandungan gulanya lebih tinggi merupakan sebuah kaedah yang lama dan salah.