Ikatan Karma diantara manusia. Hukum Karma bukanlah sesebuah mitos atau kepercayaan sesebuah kaum tertentu, tetapi ia merupakan sebuah undang-undang alam (universal law). Hukum karma mengatakan bahawa apa sahaja yang seorang manusia melakukan dimuka bumi ini akan dibalas dengan sesuatu yang sama nilai dengannya.
Aktiviti atau perbuatan yang seorang manusia melakukan didalam kehidupan sehariannya digelar karma (action) dan ia akan dirakam di akashik rekod. Setiap karma (perbuatan) manusia seumpama sebiji benih. Apabila karmanya cukup matang dan manusia-manusia yang terlibat dengannya berada didalam situasi yang sesuai untuk menerima balasannya; biji benih tersebut (karma) akan mula tumbuh dan memberikan hasilnya (reaction).
Tidak akan berlaku sesuatu didalam kehidupan seorang manusia secara kebetulan, tanpa sebab dan karma. Baik atau buruk, setiap sesuatu yang berlaku didalam kehidupan kita adalah sebagai balasan bagi apa yang telah kita melakukan sebelum ini. Pada masa yang sama, ikatan karma baru pun mungkin akan terhasil atas setiap perbuatan baru kita.
Mengikut falsafah karma, setiap manusia akan mempunyai hubungan karma dengan manusia lain. Manusia yang mempunyai ikatan karma yang kuat dengan kita akan lahir sebagai ahli keluarga kita seperti, Ibu bapa, adik beradik, suami isteri, anak-anak, atau cucu cicit.
Orang-orang luar yang terlibat dalam kehidupan kita seperti, kawan-kawan, jiran, rakan sekerja, rakan sekolah, orang yang membantu kita, orang yang menipu kita, orang yang menyusahkan kita, ataupun orang yang kita membantu, orang yang kita susahkan, dan sebagainya pasti akan mempunyai hutang atau ikatan karma diantara satu sama lain. Oleh kerana ikatan karma yang sangat nipis mereka akan keluar dari kehidupan kita dalam jangka masa yang singkat, setelah tujuan kehadiranya selesai.
Leave feedback about this