Gula pasir akan membahayakan kesihatan. Untuk mengekalkan kesihatan badan, elakkan kegunaan gula pasir dan gula halus yang berwarna putih tulen. Gula dihasilkan daripada air tebu oleh itu warna gula yang sebenar sepatutnya berwarna coklat atau hijauan, tetapi gula yang kita gunakan dalam kehidupan harian pula berwarna putih tulin. Kemanakah perginya warna asal gula tersebut?
Air tebu yang asli dicampurkan dengan bahan kimia (sulfur dioxide) sejenis bahan peluntur untuk membuang warna gula yang asli (bleached). Pelbagai jenis bahan kimia seperti sulfur dioxide digunakan semasa memproses gula pasir. Setelah proses penghasilan gula selesai, dapatkah bahan-bahan kimia yang telah dicampur semasa penghasilan gula dikeluarkan daripada gula berkenaan?
Tidak! Semua bahan kimia yang telah dicampurkan semasa proses pemutihan dan proses penghasilan gula akan terkandung didalam gula. Kecacatan pada sumber asli dan bahan kimia yang telah dicampurkan menyebabkan orang yang makan gula pasir jatuh sakit.
Ingat, perkara yang menyebabkan orang jatuh sakit adalah bahan kimia yang terkandung didalam gula dan bukan manis atau air tebu. Contohnya: Air tebu sangat baik untuk badan manusia dan gula pasir berbahaya untuk badan manusia. Jadi gantikan kegunaan gula pasir dengan gula merah, gula melaka dan manisan asli yang lain. Mengelakkan diri dari makan semua jenis makanan yang berwarna putih tulen.
Leave feedback about this