Buah-buahan yang manis akan membantu pulihkan kesihatan. Tuduhan bahawa “manis merupakan punca kepada kebanyakan penyakit manusia” merupakan sebuah tuduhan yang tidak berasas. Sebenarnya manis sangat penting untuk mengekalkan kesihatan badan manusia. Badan manusia akan menjadi lemah dan tidak dapat berfungsi dengan normal apabila kadar manis rendah didalam badan. Manis juga sangat penting untuk merawat penyakit dan kembalikan kesihatan pesakit.
Perkara utama yang mengundang penyakit bukan manis tetapi gaya hidup yang salah dan kegunaan bahan kimia. Manis semulajadi yang badan manusia perlukan terkandung didalam makanan asli seperti buah-buahan, madu, gula melaka, gula merah, air tebu dan sebagainya. Manis-manis yang asli ini dapat membantu manusia hidup sihat dan merawat penyakit mereka. Untuk merawat penyakit dan mengembalikan kesihatan, setiap pesakit harus makan buah-buahan tempatan yang manis setiap hari, walaupun selaku pesakit kencing manis, atau terdapat sebarang penyakit kronik yang lain.
Buah-buahan yang manis mengandungi nilai gula baik (glukosa) yang tinggi, mineral, fiber, vitamin, kalsium, protein, iron, folic acid, beta carotene, potasium dan banyak zat-zat yang lain. Gula (glukosa) dan zat-zat ini akan membantu pesakit untuk pulihkan kesihatan dan merawat organ dalaman yang rosak dengan cepat. Tanpa gula baik (glukosa) yang secukupnya proses merawat akan makan masa yang lebih panjang.