Beberapa kaedah untuk mengelakkan gangguan makhluk halus. Secara langsung atau tidak langsung manusia bersekemuka dan berhubung dengan pelbagai jenis makhluk dalam kehidupan sehariannya. Salah satu spesies yang mempengaruhi kehidupan harian manusia tanpa disedari olehnya adalah makhluk halus.
Walaupun manusia tidak dapat melihatnya dengan mata kasar dan tidak dapat menyedari kehadirannya, makhluk halus tetap hadir ke dalam kehidupan harian manusia dan mempengaruhinya. Makhluk halus tidak semestinya mengganggu dan menyusahkan manusia; seringkali mereka akan membantu manusia. Walau bagaimanapun kehadiran makhluk halus dalam kehidupan, keluarga atau kediaman, tetap tidak digalakkan.
Kaedah makanan
1. Jangan makan makanan yang disembahyangkan atau makanan yang ditawarkan kepada makhluk halus, tokong, sami, dewa dewi dan sebagainya.
2. Jangan makan daging mentah atau makanan yang masih berdarah segar.
3. Jangan makan daging binatang yang mati dengan sendiri atau mati kerana kemalangan.
4. Jangan makan buah-buahan dari pokok orang lain tanpa kebenaran pemilik.
5. Minta kebenaran sebelum makan sesuatu dari pokok atau tumbuh-tumbuhan liar.
6. Basuh tangan dengan sabun jika makan daging pada waktu malam.
7. Jangan membeli atau bawa keluar daging mentah pada tengah hari dan selepas waktu maghrib.
Tingkah laku & Perangai
1. Jangan cakap besar, kasar, atau sombong khususnya di hutan, sungai, air terjun, laut dan alam semulajadi.
2. Jangan buang air di sungai, air terjun, kolam, bawah pokok atau rumah usang.
3. Jangan minum arak atau mengambil bahan khayalan di sungai, air terjun, kolam, bawah pokok atau rumah usang.
4. Jangan duduk dibawah pokok-pokok yang besar, tebing sungai, air terjun, kolam, atau rumah usang pada tengah hari dan waktu malam.
5. Jangan lepak di rumah usang atau bangunan yang tiada penghuni untuk jangka masa yang panjang.
6. Jaga kebersihan diri sendiri, rumah, bilik tidur dan tandas.
7. Gunakkan pewangi, minyak wangi, dan sebagainya.
8. Jangan simpan patung yang besar atau gantung gambar manusia di dalam rumah.
9. Kawal tingkah laku dan mulut ketika menziarahi hospital, rumah mayat, rumah yang telah berlaku kematian dan di rumah orang yang tidak dikenali.
10. Jangan melangkah, menendang atau mengganggu tempat atau barang yang disembahkan.
11. Jangan sering fikir atau berbual tentang orang-orang yang telah meninggal dunia.
12. Jangan memohon pertolongan daripada orang-orang yang telah meninggal dunia, walaupun saudara mara sendiri.
13. Jangan mengutip barang-barang yang dibuang orang lain.
14. Jangan mengutip barang atau duit syiling yang dihasilkan daripada tembaga. Jangan menerima barang atau duit syiling tembaga dari orang yang tidak kenali.
16. Basuh muka, tangan dan kaki atau mandi setelah menziarahi hospital, mayat, atau tanah kubur.
17. Sentiasa percaya kepada Tuhan dan diri sendiri.