Rohani

Apa itu takdir dan karma?

Cows on Farm Against Sky

Apa itu takdir dan karma? Untuk memahami takdir dan karma kita harus memahami dua perkara yang penting terlebih dahulu. Iaitu bagaimana ia berfungsi? dan adakah ia ditetapkan sepenuhnya tanpa sebarang peluang untuk perubahan?

Cuba fahamkan situasi berikut untuk memahami sistem takdir dan karma. Berapakah kebebasan yang diberikan kepada seekor lembu yang hidup didalam sebuah ladang? Adakah lembu tersebut bebas melakukan apa sahaja yang ia inginkan? Ataupun adakah kebebasannya terhad? Dapatkah lembu tersebut memilih makanannya? tempat tidurnya? semua tingkah lakunya? sudah pasti tidak… segala sesuatu yang lembu tersebut lakukan telah dihadkan oleh tuannya.

Adakah lembu tersebut langsung tidak diberikan kebebasan? tidak juga. Lembu berkenaan telah diberikan sedikit sebanyak kebebasan untuk memilih daripada apa yang telah disediakan oleh tuannya. Kawasan yang diberikan kepada lembu tersebut mungkin terhad, tetapi apa yang ingin lembu tersebut melakukan dikawasan tersebut terpulang kepadanya. Jenis makanan yang disediakan untuknya terhad tetapi jumlah yang dimakan, adalah pilihan lembu berkenaan.

Lembu tersebut boleh jalan, lari, lompat, tidur, makan, minum, lahirkan anak dan boleh melakukan apa sahaja yang diinginkan didalam kawasan ladang tersebut. Tetapi ia tidak dapat dan tidak berupaya untuk melepasi kawasannya. Kebolehan dan kebebasannya hanyalah terhad. Lembu tersebut hanya boleh melakukan sesuatu yang diingininya dengan menggunakan kemudahan dan kebebasan yang telah disediakan.

Takdir dan Karma manusia seumpama, situasi lembu tersebut. Seorang manusia bebas melakukan apa sahaja didalam kehidupannya. Dia boleh berkeluarga, mencari rezeki, belajar, berkahwin, beribadah, berhibur dan boleh melakukan apa sahaja yang diinginkan didalam kehidupannya dengan menggunakan kemudahan dan kebolehan yang disediakan oleh Tuhan. Seorang manusia tidak boleh dan tidak berupaya untuk melepasi takdir dan karmanya, dia hanya boleh hidup dengan mematuhi segala syarat dan hukum alam yang diwajibkan bagi dirinya.

Kebolehan dan kelemahan manusia adalah sebahagian dari karmanya. Takdir dan karma setiap manusia akan berbeza dan tiada dua orang manusia akan mempunyai karma yang serupa.

Reiki Master, Healer, Acupuncturist, Writer, Thinker, Speaker, Author.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

X