Apa itu Reiki atau tenaga Reiki? Reiki merupakan sebuah energi yang sedang berfungsi didalam badan semua manusia, binatang, tumbuh-tumbuhan dan di seluruh alam semulajadi. Energi ini juga digelar dengan pelbagai nama seperti Qi, Chi, Vital, Prana, Shakti, Lifeforce, Universal energy, dan sebagainya. Walaupun digelar dengan pelbagai nama energi yang dimaksudkan tetap sama. Energi ini merupakan sebuah tenaga bijak (intelligent energy) kerana ia berupaya untuk berfungsi dan bertindak secara sendiri.
Tujuan utama yoga, meditasi, sembahyang, zikir, betapa, ritual dan sebagainya ialah demi mengaktifkan dan menstabilkan tenaga dalaman ini. Tenaga Reiki yang aktif dapat membantu merawat penyakit, menguatkan tenaga badan, menambahkan rezeki, memberikan perlindungan, menajamkan akal fikiran, dan ia juga dapat membantu manusia untuk maju dalam rohani, mengenal alam ghaib dan banyak lagi manfaatnya.
Leave feedback about this