Rohani

Apa itu Nirvana?

Apa itu Nirvana? Bahasa Bali merupakan sebuah bahasa kuno yang telah diguna pakai oleh Gautama Siddhartha Buddha. Perkataan nirvana yang berasal dari bahasa Bali, membawa maksud bebas dari segala-galanya. Mencapai nirvana bukan bermaksud mencapai sesebuah darjat atau kelayakan untuk masuk syurga. Seorang yang memasuki syurga perlu hidup disitu dengan mematuhi segala hukum yang terwujud disyurga. Jika melanggar hukumnya mereka akan menerima hukuman.

Nirvana merupakan sesuatu yang lebih suci dan lebih tinggi dari segala-galanya, iaitu membebaskan diri dari segala jenis kehidupan dari yang berdarjat tinggi sehingga ke rendah. Gautama Siddhartha Buddha dan para guru rohani India menggunakan perkataan nirvana untuk menggambarkan tahap manusia yang bebas dan suci dari segi badan, minda, roh, dan aura. Didalam Agama Islam seseorang yang telah mencapai tahap ini digelar Aulia, Waliyullah atau Wali Allah yang membawa maksud Nur Ilahi atau Hamba Allah yang terpilih. Didalam Agama Hindu digelar Siddhar, Muni atau Rishi. Didalam Agama Kristian pula digelar Saints

Ciri-ciri manusia yang sedang menghampiri tahap nirvana:

Badannya akan bersih tanpa sebarang kotoran makanan seperti darah, lemak, atau daging binatang. Badannya bebas dari arak, dadah, dan bahan-bahan yang memudaratkannya. Beliau hanya akan makan sayur-sayuran, buah-buahan dan air yang bersih dan suci. Hatinya sentiasa bersih tanpa sebarang keinginan, kehendak, cita-cita, atau permusuhan, ibarat air yang jernih. Hatinya suci seibarat bayi yang baru lahir.

Beliau tiada akan mempunyai perasaan gembira, sedih, suka atau duka walau apa sahaja yang berlaku. Rohnya bebas tanpa sebarang ikatan karma. Beliau tidak akan melakukan dosa besar atau kecil, walau sekecil biji sawi sekali pun. Beliau hanya akan melakukan sesuatu diatas kehendak Ilahi dan bukan atas kehendak atau kepentingan diri sendiri atau orang lain.

Leave feedback about this

  • Rating

PROS

+
Add Field

CONS

+
Add Field