Apa itu ego? Apabila terdengar perkataan ego, biasanya kita akan mengaitkannya dengan perangai degil, sombong, tamak, kurang ajar dan sebagainya. Sebenarnya semua itu bukan ego, Ia hanyalah luahan perasaan yang terhasil kerana kegagalan dan kelemahan diri sendiri.
Ego boleh dikatakan sebagai sebuah sistem turbo atau naluri minda manusia. Ego sebenarnya sahabat kita dan bukannya musuh, ia akan sentiasa mencuba untuk membantu kita. Apabila wujudnya sesebuah cita-cita atau kehendak didalam hati, otak akan serahkan tugas kepada minda. Minda akan mencari jalan untuk menunaikan kehendak tersebut dan ego akan membantu dan memastikan kehendak tersebut tercapai.
Ego hanya menjadi musuh manusia apabila ia menunaikan kehendak pada masa yang tidak patut ataupun menunaikannya melalui kaedah yang salah. Ia tidak dapat membezakan perkara yang baik dan buruk. Ego hanya akan berfungsi dengan betul jika diberikan arahan dengan betul dan sempurna. Apabila menerima arahan, ia akan mula cari jalan untuk menunaikannya dan ia akan sentiasa mengingatkan perkara tersebut supaya kita tidak lupa atau tarik diri.
Ego selalunya tidak akan menerima kegagalan dan ia tetap akan berjuang mati-matian untuk menunaikan kehendak tuannya.
Contoh 1:
Katakanlah kita ingin sangat untuk membaca sesebuah buku, apabila mencarinya di kedai, buku berkenaan habis dijual, kawan-kawan kita pula tiada siapa yang mempunyainya, di perpustakaan pula orang lain sudah pinjam. Lama-kelamaan kita pun lupakan buku tersebut. Selepas beberapa lama kita terjumpa dengan buku yang kita inginkan. Sama ada, orang hadiahkan buku tersebut ataupun kita terjumpa dirumah kawan atau di perpustakaan atau dimana-mana sahaja.
Bagaimana kita mencapai buku tersebut tanpa sebarang usaha? Sedangkan kita telah lupa buku berkenaan? Sebenarnya kita sudah lupa tentang buku itu tetapi minda dan ego kita tetap akan mencari jalan untuk mendapatkan buku tersebut. kita pasti akan mencapai apa yang diingini walaupun ia mengambil masa yang lama, Jika diberi arahan yang betul.
Contoh 2:
Katakanlah kita tidak memberikan arahan dengan betul, Kita tidak ada penjelasan dalam hati sebab apa kita perlukan buku tersebut. Minda kita akan memberikan buku yang lain sebagai ganti atau buku yang isi kandungannya hampir sama. Kadang-kala orang lain akan memberitahu kita tentang buku tersebut atau menjelaskan isi kandungan buku tersebut.
Sebab apa kita dapat buku yang salah atau tidak dapat buku yang diingini? Mungkin minda (ego) kita salah faham bahawa kita hanya perlukan sebuah buku atau minda mungkin salah faham bahawa kita hanya inginkan pengetahuan tentang subjek berkenaan.
Jika ingin mencapai sesuatu ataupun jika ingin menunaikan cita-cita dengan tepat dan cepat berikan arahan yang betul dan lengkap. Pastikan anda kenal dan faham sebab apa anda perlukan barang tersebut atau sebab apa anda ingin menyatakan cita-cita tersebut.