Rohani

Apa Itu Chakra?

Apa Itu Chakra? Perkataan “chakra” berasal dari bahasa sanskrit dan ia membawa maksud roda. Ia dinamakan sebagai chakra kerana; chakra didalam badan manusia berbentuk roda dan ia sentiasa berputar. Badan manusia mempunyai 7 buah chakra utama yang menghasilkan, menerima, menyimpan dan menyalurkan energi ke anggota badan yang berkaitan.

Chakra dan fungsinya

Mulathara merupakan chakra asas manusia, ia terletak ditulang belakang yang paling bawah dibahagian yang dikenali sebagai ekor. Chakra ini juga dikenali sebagai, root chakra atau base chakra. Warnanya merah, elemen semulajadinya tanah. Fungsi utama chakra ini ialah mengawal keperluan asas dan perasaan manusia

Chakra kedua ialah Svadhisthana, ia juga dikenali sebagai sacral chakra. Ia terletak di lokasi dua inci dibawah pusat. Warnanya oren dan elemen semulajadinya air. Fungsi utama chakra ini ialah mengawal kehendak dan nafsu manusia.

Chakra ketiga ialah Manipura, ia juga dikenali sebagai solar plexus. Ia terletak di lokasi diantara pusat dan dada. Warnanya kuning dan elemen semulajadinya api. Fungsi utamanya adalah menjaga jati diri, nilai dan keyakinan

Chakra keempat ialah Anahatha, ia juga dikenali sebagai heart chakra. Ia terletak di tengah-tengah dada disisi jantung. Warnanya hijau dan elemen semulajadinya angin. Fungsi utamanya ialah mengawal emosi seperti, kasih sayang, keikhlasan, kegembiraan, ketenangan dan perasaan.

Chakra kelima ialah Vishuddha, ia juga dikenali sebagai throat chakra. Ia terletak ditengah-tengah tenggorokan (leher). Warnanya biru dan elemen semulajadinya pokok. Fungsi utamanya ialah mengawal komunikasi, kemahiran bercakap, kebenaran.

Chakra keenam ialah Ajna, ia juga dikenali sebagai brow chakra atau third eye chakra. Ia terletak di antara kedua kening mata. Warnanya indigo dan elemen semulajadinya minda. Fungsi utamanya ialah mengawal kebijaksanaan dan kebolehan minda, kemahiran melepasi batasan dunia.

Chakra ketujuh ialah Sahasrara, ia juga dikenali sebagai crown chakra. Lokasinya diatas kepala. Warnanya ungu dan elemen semulajadinya universe. Fungsi utamanya ialah mengawal kesucian dalaman dan luaran. Mengenali dan memahami rahsia dan perkara-perkara ghaib.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *