Paranormal

Alam ghaib

fantasy, clouds, woman

Alam ghaib. Pada pemahaman saya alam ghaib bukanlah sebuah alam yang wujud berjauhan dari bumi ini, dan bukanlah terletak di planet lain. Alam ghaib wujud di muka bumi ini, hanya kita yang tidak berupaya untuk melihatnya dengan mata kasar. Dunia ini umpama badan, kita dapat melihatnya dengan mata kasar; dan dunia ghaib pula seumpama nyawa, walaupun kita sedar kewujudannya kita tidak dapat melihatnya dengan mata kasar.

Kita sedang bernafas tetapi tidak dapat melihat angin, kita masih hidup tetapi tidak dapat melihat nyawa begitulah umpamanya. Alam ghaib adalah sebahagian dari bumi ini tetapi tidak dapat melihatnya dengan mata kasar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

X